My Life Journal

Friday, December 09, 2005

Seekers Yang Keji

Saper tak pernah tengok rancangan ni? Aku nasihatkan tak payah lah tengok. Buang masa, buang karan. Baik kemas dapur atau masak lasagna lepas tu bawak gi opis.

Aku dah lama nak ngumpat pasal rancangan Seekers ni. Rancangan tah hapa-hapa. Sungguh keji kerana menipu rakyat malaysia dengan cerita-cerita penyiasatan hantu yang mengarut. Aku lebih rela tengok Shin Chan atau Detective Conan. Konon-konon nak tiru rancangan yang Indon pernah buat tu, tapi ado. Rancangan keji ni dapat tajaan kasut Primavera lagi. Aku tak tau la bila masa la yang diaorang ni nak pakai kasut tinggi sambil menyiasat hantu. Ada la satu kali tu cameraman ni amik gambar diaorang yg memakai sepatu Primavera yg tinggi sambil berlari-lari menaiki tangga. Sungguh keji perbuatan berlari-lari sambil memakai sepatu tinggi & beseluar jeans. Yang hari ni punya lagi la lawak. Pempuan penyiasat 2 orang tu cakap, untuk ujikaji kali ni, diaorang memainkan surah ayat yasin & lagu R&B untuk mencari kegemaran hantu itu. Sungguh keji mereka mempermainkan ayat al-quran di dalam ujikaji rancangan keji mereka. Ada satu minah yang jadik volunteer ni belum lagi ditinggalkan sendirian, dah tarik diri. Dia kata ada benda besar tinggi hitam dok tengok dia aje. Ye lah, dah kau pakai tops warna biru pada malam-malam buta, memang la hantu tu pandang kau aje. Dia heran dengan kau sebenarnya, tak sejuk ke pakai baju nampak dada? Tak takut kena rogol ke malam-malam ni? Keji la ini orang semua.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home