Aktiviti Malam Semalam
Tajuk entry ni tak ada kena mengena dengan sex ye.

:: Sebelum ::

:: Sedang ::

:: Selepas ::
Haha... pasti ada yang makan hati tengok gambar-gambar di atas. Oleh sebab semua barang keperluan dah dibeli last weekend, so, Hubby pun suruh la masak lasagna yang macam Ita buat tuh. Aku tak reti sebenarnya. This is my first attempt. Aku pakai taram je la ikut resipi yang Haz bagi. Ikut aku, aku tak suka sangat bawang, aku tak suka sangat cheese, so, aku letak benda-benda tu cukup-cukup je. Bila dah masak, rerupanya, kalau letak banyak sikit benda-benda tu, lagi best! Tak pe, nanti akan aku buat lagi di lain kali.
Sementara menunggu lasagna masak, Mimi buat lawak bodo. Kotak oven yang baru beli tu, Hubby letak kat tepi sofa, dekat dengan bekas yang tinggal sekor je ikan tiger tu. Aku pi jengok keadaan ikan tu, kot-kot dah mati, tapi aku dengar macam bunyi Mimi tengah mencakar, aku tengok kotak tu ok je tertutup. Carik punya carik, rerupanya Mimi dah masuk dalam kotak tu tengah mencakar polisterin! Habis putih bulu dia, ala-ala kena salji la pulak. Tah macam mana tah dia boleh masuk dalam tu, bila orang panggil, senyap je tak mau mengiau, lepas tu buat muka seposen dia. Ceh.

:: Buat muka seposen ::

:: Buat-buat nak keluar, tapi tak mau sebenarnya. Tak cukup oksigen kot dalam tuh ::

:: Tengah cakar polisterin ::

:: Mimi kena marah dengan tuan dia. Padan muka ::


6 Comments:
amboi kome... senyap2 ye buat projek... besonya bekas... kekeke
haha... tak jadik cam ko buat la ita. aku kedekut bahan mentah, tu yg dpt "banyak" tuh.
Haha what i like most is the entry title: "Tajuk entry ni tak ada kena mengena dengan sex ye." U make me laugh to death la sis! ahax.
nida, ko kalu part sex je, mesti sukeeee...
kasi taruk sini resepi lagi baguih..hee
lel, next week la akak letak. ko ni, kutip resepi aje, buatnya tidak. begedel manerrrr???
Post a Comment
<< Home