7 Perkara Yang Membatalkan Puasa
Bulan Ramadhan dah habis, baru la aku terhegeh-hegeh nak publish entry ni kan? Tak pe, entry kali ni boleh dijadikan panduan untuk puasa-puasa ganti, sunat dan jugak puasa tahun hadapan (jika dipanjangkan umur lah). Aku ambil dari buku "Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi - Buku 1". Buku ni sebenarnya memaparkan soalan dan jawapan tentang kemusykilan mengenai puasa. Ada 4 buah. Bagus buku ni sebab menerangkan lagi apa yang kita selalu kabur tentang puasa ni. Tapi kena rajin membaca lah ya adik-adik.
7 perkara yang membatalkan puasa:
- Bersetubuh
Sesiapa yang bersetubuh di bulan Ramadhan secara sengaja, puasanya batal samada dia mengalami ejakulasi atau tidak. Dia mesti bertaubat, menghabiskan hari itu dengan tidak makan dan minum sehingga Maghrib, menggantikan puasanya dan membayar kifarat.
Siapa yang perlu bayar kifarat? Lelaki sahaja? Lelaki & perempuan? Nanti aku semak ya.
Aku pernah baca, kalau orang yang tak puasa atau sebelum bersetubuh dia buka puasa, maka dia tidak perlu membayar kifarat. - Melakukan onani
Sesiapa yang melakukan onani pada siang hari di bulan Ramadhan hendaklah bertaubat dan menghindarkan diri daripada makan dan minum sehingga waktu Maghrib serta menggantikan puasanya pada hari itu.
Sekiranya dia baru melakukan perbuatan itu dan menghentikannya sebelum keluar mani, dia hendaklah bertaubat tetapi puasanya tidak batal dan tidak perlu digantikan. Jika terkeluar mazi, pendapat yang tepat ialah tidak membatalkan puasa. - Makan dan minum
Jika sesuatu memasuki perut melalui hidung, itu juga dikira makan dan minum. Jika air yang sampai ke perut melalui hidung tidak membatalkan puasa, tentulah Rasulullah s.a.w. tidak melarang seseorang yang berpuasa memasukkan air ke rongga hidung sedalamnya. - Sesuatu yang tergolong dalam makan dan minum
Ini termasuk 2 perkara:
- Memasukkan darah ke dalam tubuh orang yang berpuasa seperti melakukan proses pemindahan darah. Ini membatalkan puasa kerana darah terbentuk dari makanan dan minuman.
- Menerima zat makanan melalui suntikan (seperti drip) bagi menggantikan makanan dan minuman.
Jika suntikan tidak berbentuk penggantian makanan dan minuman, tetapi berbentuk ubatan seperti penisilin dan insulin atau suntikan yang memberi tenaga kepada tubuh atau suntikan bagi tujuan vaksinasi, tidak membatalkan puasa tanpa mengira ia disuntik melalui urat atau daging. Jika mahu lebih selamat, ambillah suntikan pada waktu malam.
Rawatan buah pinggang juga membatalkan puasa kerana ketika menjalankan rawatan itu, darah disedut, dibersih dan dimasukkan kembali ke dalam tubuh serta dicampur dengan beberapa jisim kimia lain seperti gula, garam dan lain-lain.
Ini bermakna, kalau kita korek hidung atau telinga, maka, puasa tidak batal sebab jari bukan makanan. Maknanya, jawapan SPM kita untuk soalan perkara-perkara yang membatalkan puasa, dan jawapan kita ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan adalah SALAH. Oleh sebab itu, sesaper yang dapat A1 untuk subject Agama Islam, mungkin gred sebenarnya ialah A2. Haha... Saper nak jawab tu?... Apa-apa pun, lepas ni kalau adik-adik berpuasa dan tetiba terasa ada benda dalam hidung atau telinga menjadi gatal yang amat sangat, jangan segan dan malu untuk korek hidung atau telinga ye. Tapi lepas korek, jangan lupa buang kotoran yang melekat ke dalam tong sampah yang berhampiran dan sila cuci tangan untuk jaga kebersihan ofis/rumah/sekolah. - Mengeluarkan darah seperti berbekam
Menderma darah termasuk dalam hukum yang sama dengan berbekam kerana ia memberi kesan yang sama kepada tubuh. Dengan ini, orang yang berpuasa tidak dibenarkan menderma darah kecuali dalam keadaan darurat. Puasanya terbatal dan dia perlu menggantikannya pada hari yang lain.
Jika seseorang mengalami pendarahan hidung, puasanya dikira sah kerana ia berlaku bukan di atas kehendaknya, sedangkan menderma darah berlaku atas pilihannya. - Muntah dengan sengaja
Sesiapa yang memasukkan jari ke dalam mulut, menekan perut, mencium sesuatu yang memualkan atau merenung benda-benda yang menjijikan dengan sengaja sehingga termuntah, dia hendaklah menggantikan puasanya. - Datang haid atau nifas
Jika seseorang wanita (bukan peponens ya adik-adik) terasa seolah-olah haidnya mula keluar tetapi darah belum kelihatan sehingga selepas matahari terbenam, puasanya masih sah.
Jika pendarahan haid atau nifas itu tamat pada waktu malam dan dia berniat untuk berpuasa pada keesokan harinya tetapi sewaktu subuh menjelang dia masih belum mandi wajib, para ulama sebulat suara menyatakan bahawa puasanya sah.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home