My Life Journal

Sunday, November 13, 2005

Cerita Tikus

Kat rumah kampung ada satu family tikus. Bapak, mak & anak-anak. Dah 2-3 malam kedengaran bunyi anak-anak berdecit. Nak jadi cerita, pada satu malam, tuan punya rumah (Mak & Baba) dengar bunyi kelentang kelentung. Bila bangun pagi esoknya, diaorang discovered yang minyak gamat yang Mak simpan atas almari dah hilang beberapa botol. Yang tinggal hanya satu botol sahaja. Manakala minyak merah pulak, Mak jumpa kat atas lantai (tikus tu tak larat bawak sebab botol tu besar). Baba buat lawak, tikus tu ambik sebab nak sapu perut anak-anak dia yang kembung sebab hujan semalam kot... Haha... Bapak aku buat lawak hari raya... Memang pun, lepas kejadian tu, tak ada lagi bunyik berdecit-decit anak-anak tikus tu.

Masa balik beraya kat Penang, Mimi kami tinggalkan dengan Mak di kampung. Tiap-tiap hari Mak kena temankan Mimi makan. Tiap-tiap hari sebelum pergi terawih, Mak kena angkut litter box dia bawa masuk dalam rumah. Kesian Mak. Tapi aku tau, dalam hati mesti Mak suka sebab kat rumah tu dah lama tak ada kucing. Baba pun kadang-kadang suka usik ekor Mimi yang panjang. Tapi nasib baiklah Mimi tak dapat nama gelaran daripada Baba yang lazimnya Baba suka beri untuk menyenangkan panggilan. Contohnya Amot dikenali sebagai Penyangak. Haha... Sambung balik cerita pasal tikus. Satu malam tu, Mak nampak tikus berlari kat atas dinding rumah. Mak tunggu dengan penyapu, debus, tikus kena wachaa dengan penyapu mak. Tanpa disangka-sangka, Mimi dah pun tunggu kat bawah dan tikus pun menjadik habuan Mimi. Tapi Mimi tak ler makan si tikus tu, dia buat main je sampai tikus tu mampos. Bila dah mampos, Mak ambik tikus tu letak kat tepi dapur sebab besok nak pi buang, tapi, bila bangun pagi besok, tikus sudah hilang! Rupa-rupanya Mimi curik semula untuk dibuat mainan. Cicak pun jadi mangsa Mimi jugak, tapi selalunya Mimi selalu kena tipu dengan cicak. Cicak ni kalau kena tangkap, dia akan putuskan ekornya. Yang Mimi, bila nampak ekor cicak tu terkodek-kodek, itu lah yang dia kejar, cicaknya lari. Semenjak Mimi ada kat kampung, tak ada cicak lagi yang berani main-main kat tepi tingkap.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home