Vaccination
Hari ni bawak Mimi pi SPCA for vaccination. Workdays, tempat tu lengang, tak de orang datang except the volunteers sahaja. Anjing-anjing pun tak banyak yang berkeliaran. Lega... Aku inform kat vet tu yang Mimi matanya berair. Dia check, and dia kata mata Mimi merah sikit. Dia tanya, ada bersin tak? Aku cakap ada sesekali. Hmmm... Confirm la si Mimi demam. Betul la Hubby punya prediction semalam, aku je yang tak mau terima. So, Mimi kena datang lagi another 2 weeks for the vaccination. Hmmm... Kena pegi lagi Jalan Ampang tuh.
Hubby pun belum sembuh dari demam. Dia mengadu badan dia lemah. Mungkin sebab tak makan kot. Mak tiap-tiap hari talipon bertanyakan khabar menantunya. Terima kasih Mak.
Malam tadi Mak bagitau, Apot dah mati. Sob sob... Menitis la jugak air mata aku. Mak lagi lah sedih aku rasa, sebab itu la satu-satunya kucing yang paling manja yang pernah Mak bela. Lepas ni tak ada la lagi peneman Mak ke jamban. Tak ada la lagi kucing yang nak didukung pada waktu pagi. Tak ada la lagi kucing yang ekornya kompot.

:: Apot in memories ::


0 Comments:
Post a Comment
<< Home