Apot
Apot ialah seekor kucing yang Mak bela kat kampung. Dia ni kucing terbiar, mak bapak tak tau asal mana. Mula-mula datang, kucing ni sangatlah penakut kepada orang, even dengan Mak. Kami yang jarang-jarang balik kampung ni lagi la. Nampak je kitaorang, dia dah lari dulu. Mak tiap-tiap hari kasi dia makan sebab kesian. Pada masa tu Mak dah ada seekor kucing lain. Sama jugak warna macam Apot, tapi a bit lighter and ekor lebih sempurna iaitu panjang. Nama dia aku dah lupa. Comel kot. Tapi tak comel pun.

Lama-lama Apot pun jinak la dengan kitaorang. Kitaorang panggil dia Apot sebab ekor dia pendek. Kompot. Apot ni sangat manja dengan Mak. Kalau boleh tiap-tiap hari nak mak dukung dia. Mak tak perlu ambik dia, dia sendiri akan panjat Mak. Dan selalunya kat mana ada Mak, kat situ lah ada Apot, kecuali musim dia mengawan lah. Kalau Mak pergi jamban (jamban kitaorang kat luar), Apot akan tunggu kat luar. Kadang-kadang dia nak masuk sama, tapi Mak tak kasi.

Hubby tak suka Apot sebab dia kata Apot busuk. Aku pulak cukup suka dengan bau Apot. Bau kucing memang best. Satu hari Apot tengah baring sambil gigit-gigit jari dia. Aku usap-usap dia, tiba-tiba Hubby cakap "pacat". Aku pun termenjerit (sebab aku memang geli/takut dengan pacat). Apot terkejut, terus lari. Tapi lepas lari separuh jalan, Apot berhenti dan toleh balik kat aku macam lah aku ni dah ganggu dia buat keje yang telah merugikan dia.

Tu semua gambar Apot yang aku ambik guna handphone. Masa tu baru lagi dapat handphone. La ni, Hubby tak kasik ambik gambar Apot lagi. Dia dengki. Sekarang umur Apot dah 6/7 tahun, dah tua. Mak kata, Apot tak keluar rumah lagi dah kecuali untuk berak & kencing. Makan pun dah kurang. Badan Apot pun dah leper. Batuk pulak tu. Mak kata, Apot tak lama lagi dah tu. Mak kata lagi, lepas Apot, Mak pulak....


0 Comments:
Post a Comment
<< Home