My Life Journal

Thursday, June 16, 2005

AF3

Tengok, berapa lama daaa aku tak update jernel aku nih. Malas ya amattttt.
AF3 dah pun bermula.

Konsert Prelude

Musim ini dimulakan dengan Konsert Prelude di mana 20 orang calon pelajar akan membuat persembahan dan 12 orang akan dipilih sebagai bakal pelajar. Musim ini juga mencetuskan cerita hangat apabila Mawi tidak terpilih menjadi pelajar. Mawi nyanyi lagu Intifada dengan baik dan best, tapi dia tak terpilih. Ada orang kata ada orang yang tak suka dengan pembawakan nasyid dia. Lagipun kat rumah dia ada gambar Nik Aziz. Haha...
Apa-apa pun, minggu pertama memang tak best. Hubby lansung tak ada selera nak tengok diari. Aku tengok la jugak sikit-sikit. Budak-budak dalam rumah tu pun nampak tak menarik. Pada masa ini, ramai yang menyatakan sokongan kepada Mawi. Ada yang mengatakan duit afundinya hanya lah untuk Mawi seorang. Kronik sungguh.

Konsert Pertama

Konsert pertama tiket macam tak laku. Mungkin sebab Mawi tak masuk dan mungkin jugak sebab musim ni 3000 orang boleh nonton konsert di stadium.
Tapi Astro kekonon nak buat kejutan dengan membawa masuk 2 lagi pelajar tambahan. Bebudak 8 orang yang tak dapat masuk tu diberi peluang buat lagi sekali mini konsert. Mawi tertinggal lirik. Tapi sebab Astro nampak Mawi boleh menjana income yang lebih kepada musim ke 3, maka Mawi & Marsha diserap ke dalam akademi. Sukanya orang orang....
Semenjak ada Mawi, baru lah hidup sikit AF3 nih. Hubby pun dah nak tengok diari. Malahan kami tak sabar nak tengok kehidupan & adaptasi Mawi di akademi. Rasanya cepat sungguh 30 minit yang diperuntukan untuk diari.
Memang Mawi penjana income utama untuk AF musim ni. Undinya mencanak-canak naik. Kejap nombor 1, kejap nombor 2, berlawan-lawan dengan Felix. Itu belum yang chat kat CH15 lagi tuh.

Konsert Ke-2

Semua orang menantikan persembahan Mawi. Tapi Mawi sebagai manusia biasa, terlalu gabra kat atas pentas. Nak nak bila dengar orang menjerit-jerit. Diaorang ni pun satu, senyap la Mawi nak nyanyi tuh. Aku tak sanggup tengok muka dia nyanyi bila dia lupa lirik. Adoiii... tension betul aku. Tapi bila tengok balik ulangan, kira ok la jugak dia nyanyi. I think better than Reza yang tercungap-cungap dan kelam kabut tu. Huh.

Minggu Ke-3

Aku subscribe AF Extended! Huhu... Boleh tengok kehidupan diaorang via internet. Tak rugi rasanya sebab RM9 sehaja sebulan. Tapi menu yang Astro sediakan terlalu melecehkan. Kena scrollllllllllll untuk carik video pilihan hati. Naik bular mata aku. Dah la tu, tak susun ikut turutan lak tu. Bersepah-sepah. Kalau susun ikut tarikh & masa kan senang kami nak carik. Video yang ada pun tak up-to-date. Aku harap tahun depan, diari extended ni boleh ditonton kat tv pulak. Buat la satu channel lain. Kena bayar additional pun aku sanggup.

Blog SM

Bila tiba musim AF, aku suka melawat ke blog SM ni. One-stop-center betul la blog dia. I like. Tapi aku kesian kat dia, orang selalu tanya dia, SM bila nak update diari, bila nak update blog. Weiii, SM tu kan bekerja. Ko ingat dia 24 jam mengadap TV / komputer ke? Dia pun manusia jugak macam korang semua, nak makan, nak berak, nak semayang, nak jumpa kawan-kawan. Selfish la diaorang nih. Orang dah kasik betis nak peha. Kepada SM, jangan ikutkan sangat diaorang tu, mati kering you nanti. Dah la badan tu cekeding. Huhu. Apa-apa pun, terima kasih kepada SM kerana meluangkan masa you yang tak banyak tu untuk menghiburkan kami.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home