My Life Journal

Tuesday, May 24, 2005

Star Wars Part II

Malam Jumaat lepas kami pi nonton Star Wars : Revenge of the Sith. Tengok kat GSC Premier Class lagi... Fuh... macam bagus bagus aje kami. Star Wars punya pasal, terbang RM32. Premier Class memang class la. Panggungnya boleh memuatkan 48 orang sahaja. Kat luar tu ada lounge. Boleh duduk duduk dan order makanan. Kami terus masuk panggung. Kat dalam tu dah ada beberapa orang penonton. Salah seorangnya membawa light saber! Fuyooo! Ziung ziung bunyik light saber tu. Hubby dah semakin teruja nak mendapatkan satu. Light saber tu punya la canggih, kalau pukul kat benda keras, nanti keluar bunyi macam yang betul betul punya. Mamat tu pun semakin belagak la dengan geng geng dia. Most of them datang in group. Tak ramai yang datang bercouple. Kami duduk barisan 3 dari depan. Sakit jugak la kepala sebab quite dekat dengan screen. Ruang kaki pun luas. TETAPI, walaupun luas, orang (PEREMPUAN) yang duduk kat belakang aku masih menendang nendang kakinya ke kerusi aku. Bukan sekali TETAPI banyak kali! Nak aje aku bangun tunjuk my middle finger to her, tapi sebab tadi aku dah dok sengih sengih bila kawan dia main light saber, so, aku hanya pusing pusing kan badan aku aje la sebagai tanda tidak selesa. Itu pun dia masih tak boleh nak pick up the signal. IQ rendah kot. Benci aku kat orang yang tak ada sivik ni.

Overall, cerita kali ni tak lah sehebat cerita-cerita yang sebelum. I will grade this one 3 stars aje. Padme very lembik. Berbanding dengan previous movies, Padme sepatutnya seorang wanita yang kuat. Dia pernah berperang dengan robot. Tapi kali ni, dia macam jadi anak-anak raja yang lain. Lemah. Mungkin dia pregnant. Dan Anakin jadik Dark Force semua sebab PEREMPUAN. Huuu... hebat betul kuasa perempuan. Movie effect pulak, so so aje la. Cuma terpegun dengan how creative the team creating all those planets and their inhabitants. Apa apa pun, R2D2 memang cute. Weeee.... C3PO tak menonjol sebab dia banyak menemankan Padme. I would love to have the blinking R2 model on my desk. Tapi, susah nak carik yang boleh blink blink. Yang ada jual kat kedai tu yang bodoh punya, duduk senyap je.

Tadi kami pi One Utama, Hubby nak carik light saber kat satu kedai tu. Waduh, sakit kaki aku berjalan. Assistant kedai tu punya la tak friendly. Dia tak layan pun masa kami datang. Dibiarkannya kami tercongok kat depan light saber tu. Rasa macam bagus la tu sebab kedai dia je ada jual light saber. Choiii... Sudah la hang. Ingat kami tak mampu ke nak beli? Sudahnya, aku keluar dari kedai tu. Menyampah. Aku cakap dengan Hubby, kalau nak, simpan duit dulu, nanti boleh beli tempat lain. Ebay ada. Singapore pun ada. Tak de nya aku nak pegi kedai hang lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home