My Life Journal

Tuesday, April 19, 2005

Jiran

Kami tinggal di rumah jenis apartment. Jiran ada di kiri, depan dan atas. Bukan lot tepi, tapi memang design apartment tu macam tu. Jiran-jiran kami semuanya bukan Melayu. Ada Cina, ada Hindu. Minggu ni jiran di atas buat hal. Awal-awal pagi lagi, dia dah start tarik kerusi. Kreeekkkk... kreekkk bunyi kerusi ditarik. Kang sat lagi kang, dia start bouncing bola pulak. Bukan bola plastik tu, tapi bola besi. Iskkkk... sakit kepala kami mendengar. Selalu kami menjerit maki hamun, tapi, takkan diaorang dengar. Ye tak? Bunyi-bunyian tu bukan setakat waktu pagi sahaja, tapi berlarutan sehingga la ke malam.

Mungkin satu hari nanti, kalau dah tak tahan sangat, kami akan hantar surat layang ke rumah tu. Hidup berjiran, tapi tak fikir perasaan orang lain. Itu belum lagi bau-bauan masakan, bau colok dibakar yang pasti mengeluarkan bauan yang hamat lah sakit menusuk lubang hidung. Tak pun, satu hari nanti akan aku jolok atap rumah aku dengan penyapu macam dalam cerita Friends tu. Biar dia tau, oiii... kat bawah ni pun ada orang hidup lah. Bengong punya jiran.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home