My Life Journal

Friday, April 08, 2005

Nasi Lemak

Hari Rabu & Khamis, aku breakfast nasi lemak kat kedai. Dua dua tak best. Aku masak lagi best, tapi aku tak dan nak masak pagi-pagi. Kalau sambalnya sedap, nasiknya pula tak sedap. Nasiknya tak cukup santan, kadang-kadang keras, tak masak. Ikan bilisnya pulak, tak pernah la yang aku jumpa senonoh. Kalu tak besar gabak, yang ikan bilis paku tu, ikan bilisnya mesti yang tak buang taik. Eyeee.... geli den nak makan. Kalu aku dapat ikan bilis macam tu, aku letak tepi je, cuma kalau aku rajin, aku buang la taik tu. Sambal pulak, no komen la, sebab sambal yang aku buat pun tak pernahnya menjadi macam mak buat.

Kalau aku la bukak bisnes nasi lemak ni, aku akan pastikan nasi lemak aku lembut, cukup santannya. Aku buat 2 jenis la to be fair, satu yang tanak macam biasa dengan santan yang lemak, satu lagi aku tanak kukus (yang ni kena belajar dulu sebab tak pernah buat). Ikan bilisnya, aku akan pastikan yang kualiti bagus, dibuang taiknya dan dibuang kepalanya. Cantik gitu ikan bilis aku. Sambal pulak, aku buat yang mak punya style. Best. Pedas ada, manis ada, masin ada. Disamping itu, nasi lemak yang aku jual ada bonus iaitu sayur kangkung goreng. Sapa nak, buleh letak, kalu tak nak, tak apa. No additional charge. Apa lagi?... Kacang tanah ni, biasa la, janji goreng tak hangus. Lauk-lauk sampingan yang aku akan sediakan: Telur dadar, telur mata kerbau, ayam pedas/ayam rendang (selang seli), daging rendang/daging goreng (selang seli), sambal sotong dan sambal udang. Sambal sotong tu, aku nak buat dari sotong yang basah tu, bukan sotong kering. Sotong tu pun buang taik semua. Makanan di gerai aku dijamin kebersihannya dan halalan toiyibban.

Kat KL ni kat mana ada nasi lemak best? Orang kata nasi lemak Cikgu kat Kelana Jaya best. Tapi aku tak pernah cuba lagi sebab tak tau jalan. Esok la nak ajak Hubby pergi. Hmmm... sedapnya nasi lemak...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home