Goreng Pisang
Lepas kerja singgah di gerai goreng pisang yang sedap tu (pada lidah aku). Tapi hampa sebab gerainya tutup. Beli burger je la di gerai yang berhampiran untuk orang di rumah. Untuk aku tak beli apa-apa sebab ingatkan nak singgah di gerai bawah pokok. Tapi hampa jugak sebab gerai bawah pokok pun tutup. Alaarrr... aku nak makan goreng pisang...
Sampai rumah bukak peti ais, goreng jejari ayam dan kentang. Buat air teh tarik. Makan bersama orang di rumah sambil bercerita kisah semasa. Air teh tak habis minum, so, simpan untuk minum malam.
Lepas solat, ambil borang income tax yang masih belum berisi tu. Format yang baru ni buat aku pening kepala. Tak ada contoh pulak yang diberi. Kena buka laman hasilnet.org untuk dapatkan panduan. Macam mana dengan orang yang tiada komputer atau talian dial-up dirumah? Tak comel dah borang aku dengan sememehan liquid paper. Tapi yang bagusnya, dah ada ruang untuk nombor akaun bank untuk dikembalikan lebihan bayaran yang telah dibuat. Tapi, siap tanya alamat bank. How do we know the bank address? Aku letak je kod cawangan bank. Akhirnya berjaya juga aku mengisi borang. Mengikut taksiran aku, aku tak payah bayar lagi kepada kerajaan Malaysia. Yehaa...
Lepas isi borang, makan semula lebihan jejari ayam dan air teh. Sudahnya, aku sakit perut menonggeng-nonggeng. Sakit yang amat. Sekali dia tarik, macam nak beranak rasanya. Aku letak minyak angin di sekeliling perut. Urut-urut sikit. Wah, aku dah sendawa 3-4 kali. Ingatkan dah ok, tapi dia tarik lagi. Aduhaiii... Lama-lama aku letak bantal kat perut, aku tidur dalam kesakitan. Sebenarnya, aku tau aku tak boleh minum teh/nescafe yang aku buat sendiri kat rumah. Tiap kali minum, aku mesti sakit perut yang macam tu. Tapi aku ni degil, nak jugak minum. Padahnya tanggung la sendiri.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home