Kafe Melayu
Tengahari macam biasa makan di satu-satunya kafe melayu yang ada di tempat kerja ni. Duit kecil tiada, jadi terpaksa bayar dengan not RM50. Cashier/tuanpunya kata tiada duit tukar. Riak mukanya macam aku ni makan tak nak bayar. Aku hangin. Nasib baik hanya kafe encik sahaja yang ada di situ, dan saya tiada pilihan lain. Kalau ada lah kafe lain di situ, nescaya takkan saya jejakkan kaki saya walaupun untuk meninjau makanan yang encik hidangkan. Dah lah makanan tak sedap, tiap-tiap hari menghidangkan menu yang sama. Hari tu order nasi goreng kampung, choiii... tak sedap lansung. Tak ada sayur, tak ada ikan bilis, nasik keras. Itu pun RM3.50 dichargenya. Aku hangin.
Shutter
Malam tadi Hubby dapat DVD baru belum nonton. Cerita Thailand bertajuk Shutter. Aku cakap aku dah ngntuk, mau masuk tidur. Dia kata, teman lah dia tengok sebab dia takut. Cih. Takut, tapi mau tengok jugak malam-malam. Maka, terpaksa la aku temankan jugak. Aku tidur, dia tengok senyap-senyap. So, sesiapa yang rasa asyik lenguh tengkuk tu, bawak-bawaklah timbang berat badan dan ambil gambar sendiri. Hehe...
Sepet
Hooray! At last, Sepet telah ada dalam bentuk VCD. Hooray! Nanti balik boleh nonton Sepet. Hooray!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home