My Life Journal

Friday, March 11, 2005

Riwayat Si Sam

Sam adalah sebuah kamera digital yang baru berusia setahun lebih. Sam adalah dari jenama Samsung. Sam adalah sebuah kamera yang gemuk - tidak seperti rakan seangkatannya yang slim. Ini adalah kerana selain dari menggunakan bateri yang boleh dicas semula, Sam juga boleh menggunakan bateri pakai buang - bateri saiz AA.

Di waktu Sam hendak menyambut ulang tahun yang pertamanya, penglihatan Sam telah diserang tompok-tompok kelabu yang dipanggil kulat. Sam terpaksa dihantar ke hospital untuk diubati. Nasib baik umur Sam belum setahun, jadi, rawatannya masih percuma.

Baru-baru ini, Sam buat hal lagi. Sedang Sam menjalankan tugasnya, tiba-tiba sahaja lampunya padam dan soket matanya terjojol tidak mahu masuk ke dalam. Panik! Rupa-rupanya bateri Sam pulak kong. Cis! Sungguh bijak bateri itu memilih masa untuk kong iaitu SELEPAS umurnya lebih setahun! Cis, cis dan cis!

Nampaknya kena keluar duit lagi untuk beli bateri si Sam. Sam, jgn la buat hal lagi. Kasihan lah kepada puanmu ini...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home