My Life Journal

Wednesday, December 26, 2007

Accident - Part II

Kali ni tak de gambar sebab malas nak upload.

Lepas ambik barang kat Balai Polis Kesang Pajak, kami terus balik rumah. Lupa pulak, masa on the way nak pegi tengok tempat kejadian tu, aku telepon Mak kasik tau. Nasib tak pengsan orang tua tu. Kami amik keputusan bagitau sebab tak mau Mak dapat tau dari orang lain dulu. Itu pun, lepas je aku tepon Mak, jiran aku pun dapat tau yang kami accident, orang yang hantar kami pi hospital tu telepon. Nasib baik aku sempat telepon Mak. Bila sampai rumah, Busu Latip jiran kami dah ada kat rumah. Sambil pok pek pok pek bercerita, aku minum air sikit. Dari tengahari tak minum apa2x beb. Masa tu dah dekat pukul 7 malam dah. Aku pun telepon mamat yang tow truck yang sepatutnya datang dari Bangi tu. Dia kata dia dah sampai. Kitaorang pun bergegas keluar lagi nak bertekak pulak dengan workshop kat Jasin yang dah tarik keta kitaorang tadi.

Sampai workshop, mamat tu pun sok sek sok sek dengan Cina workshop tu. Kami pi amik gambar keta kami. Keta Myvi tu pun dah ada kat situ. Teruk jugak kena hentam Myvi tu. Tak lama lepas tu keta Kelisa putih pun sampai kat situ gak. Mamat tu kata, Cina tu nak RM280 sebab upah tarik keta. Workshop boleh bayar half je. Lagi half kami kena keluar. Makan duit atas angin betul, dah la 2 keta lain tu dapat kat dia jugak. Cilaka betul. Malas nak bertekak, kami pun bayar je la. There goes my duit kutu. Masa ni, tukang tarik keta tu bercerita kat kami, masa dia minum kat kedai kopi, dia dengar cerita yang kami potong van kilang tak lepas, terus langgar Kelisa putih tu. Cet. Ikut suka hati je depa ni buat cerita. Pikir la sikit, kalu keta kami potong tak lepas, apasal keta kami duduk tersadai kat tepi belah kiri, bukan belah kanan? Whatever lah.

Lepas tu pi buat report pulak kat Balai Polis Jasin. Mamat tow truck tu ikut sama. Masa tu ada sorang je polis. Nama dia Norhan. Tua jugak la orangnya. Aku nengok, dia ni buat keje apa ke hal la lembab sangat. Mungkin dia dah tua kot, tak celik IT. Prong pang prong pang, 8:30 lebih jugak baru siap semua.


Lepas setel semua, kami pun balik rumah. Sampai rumah dah pukul 9 lebih. Letih, penat, sakit, lapaq semua ada. Aku macam nak makan banyak, tapi tak lalu sungguh. Hubby pun dah mula sakit2x badan dia. Nak angkat kaki pun dah tak larat. Bila suruh tidur, dia tak boleh tidur. Pukul 11, abang sampai dari PD. Hari Ahad, kami balik Kajang ikut abang sebab transport dah tak ada. Masa balik tu, dah nak sampai Senawang, jalan punya la jem. Yang anak2x abang ni semua dah nak terkencing. Mak bapak dia dah membebel dalam keta. Last2x, bila dah sampai menangis2x budak tu, terpaksa la berhenti jugak tepi jalan. Terkencing la sorang kat tepi jalan yang penuh sesak dengan kereta. Dah jalan depan sikit, sorang lagi nak kencing. Lagi la bebel mak pak diaorang. Keluar terus tol PD, tak de la pulak tempat kencing. Tah hapa2x. Kencing la diaorang kat belakang tong sampah. Kesian. Tu la, saper suruh minum air banyak2x masa dalam keta. Bladder kecik ada hati nak minum banyak. Last2x, kitaorang pergi Kajang ikut jalan lama.

Hari Isnin, semua badan jadi sakit2x. Bahagian yang kena seatbelt, kat aku jadik lebam, kat Hubby jadik pecah darah. Jumpa doktor, dia bagi ubat sapu. Hari Selasa, sakit masih ada, kalu batuk ke bersin ke, menahan je la. Kepala aku pulak mula sakit bahagian belakang, leher pun sakit sebab terpusing kot. Hari Selasa, sakit tak hilang, aku amik EL pulak. Mampos la keje berlambak tak siap, balik keje nanti, bebel la si bos Lel tu. Haha...

Itu je la ceritanya.

So, kepada semua yang memandu, sentiasa la memakai tali pinggang keledar. Baik yang duduk di depan, mau pun yang duduk di belakang. Anak kecik, dudukkan dia dalam car seat. Malang tak berbau, bila dah terjadi, menyesal tak sudah. Kami yang pakai seat belt ni pun sakit2x badan dibuatnya. Penumpang keta Kelisa putih tu, sorang cedera di kepala, sorang di kaki, sorang lagi di dahi. Yang di kepala tu kena 16 jahitan, dengar cerita darah meleleh2x masa bawak masuk van kilang tu. Dia kena hantar ke Hospital Melaka.


Lupa pulak, masa hari Ahad pagi tu, ayah kepada Kelisa putih tu datang ke rumah kami dengan anak lelaki dia 2 orang. Rupa2xnya, anak lelaki dia yang umur 15 tahun yang bawak keta masa accident tu! Al kesahnya....


Semua orang tanya pasal Aina. Alhamdulilah, Aina masa accident tinggal dengan Mak kat rumah. Sepatutnya, memang Mak nak pergi shopping sama dengan kami, tapi last minute, Mak tukar fikiran sebab Mak kata Mak penat lepas pegi tolong buat kerja kat rumah jiran yang nak buat kenduri aqiqah. So, Mak & Aina tinggal kat rumah. Aku tak boleh bayangkan kalau Aina & Mak ikut sama. Banyak la benda yang tak boleh dibayangkan. Tak jugak boleh bayangkan kalau bukan Kelisa putih yang datang hentam kami. What if a 4WD, or, bus, or lorry? Hmmm... jadik cam tu, bos Lel kena cari pengganti aku la jawabnya.

Sekian.



8 Comments:

At Fri Dec 28, 10:13:00 AM, Blogger aduskirana said...

tabahkan hati hadapi dugaan.. tetiba teringat kat nkau, dapat cerita eksiden plak... adala hikmah yg tersembunyi tu

 
At Sat Dec 29, 10:08:00 AM, Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah.. seb baik ok, lebam2 je ye, takde luka cedera.. badan korang sakit2 tu lambat baru rasa ya.. semangat pun lemah kot, terkejut.. zana ko kira maintain le tak panic.. bagus bagus.. sekarang banyak2 le ingat dan doa kepada Allah semoga semua sentiasa dalam peliharaanNya.. inshaAllah.
take care, with love,

 
At Sun Dec 30, 04:13:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aduskirana tu iza ke?

ina, aku pon respek dgn diri aku sbb tak panik masa tu. hehe...

 
At Mon Dec 31, 08:10:00 PM, Blogger Nor said...

adus zana. apa perasaan ko masa tu eh? aku kalau brek emergency pun dah berderau sedarah. alahamdulillah sume selamat. take care.

 
At Tue Jan 01, 06:58:00 AM, Anonymous Anonymous said...

Nor, perasaan bersyukur je la sebab masih hidup & tak patah riyok. Bayangkan la, in one second kau nampak ada keta putih datang ke arah kau, another second kau rasa diri kau dah berpusing, in another second kau nampak hood keta kau dah remok. Trauma.

 
At Thu Jan 03, 12:47:00 AM, Anonymous Anonymous said...

zanas, aku dulu penah naik bas balik kampung.. bawak laju, tetiba ada kereta tersadai kat atas jalan (mengadap kita!), tak sompek brek, langgar le, berpusing kete tu, seb baik takde orang. bas kemek sampai pintu jem. aku itu pun trauma, berderau darah setiap kali kereta tekan brek.
takpe, inshaAllah, akan fully recover soon.

 
At Wed Jan 09, 10:34:00 PM, Anonymous Anonymous said...

bukan bos lel lagi...start hari nie title dah jatuh kat kak z..bos z..hee... tapi kelaka hari ni.. sbb kak z pi bukak kete org lain..takpe saya jer nampak..

 
At Tue Jan 22, 07:04:00 AM, Anonymous Anonymous said...

salam...first time singgah.salam tuan rumah dulu :)
alhamdulillah sbb u all selamat dalam eksiden itu.keta boleh claim insuran.. takpa.

 

Post a Comment

<< Home