My Life Journal

Sunday, December 23, 2007

Accident - Part I

Apa perasaan anda SEMASA anda terlibat di dalam kemalangan?
Aku tak rasa apa2x.

Sabtu lepas, aku & hubby pergi ke Jasin untuk shopping. Kami beli karpet, beli tudung, beli kain batik untuk Mak, beli kain pelikat untuk Baba & KFC. Hubby dah lama sangat nak makan KFC tapi atas beberapa sebab sampai sekarang tak dapat makan.


On the way balik, aku tengok jam, 3:58 gitu, aku cakap dgn Hubby, wah, cepat kan kita shopping, maklum lah, kita kalau pi shopping, terus je beli barang, tak de dah nak window2x shopping nih.

Sampai kat Kesang Pajak, ada satu van kilang ni very la the slow. Kitaorang tak tau apa pasal dia slow, so, bila keta Myvi kat depan kami potong van tu, kami pun potong. Masa tu jalan dah nak mendaki bukit. Masa kami dok ikut Myvi tu, aku perasan ada satu keta putih datang dari depan, turun bukit. Aku cakap dlm hati, sempat ke ni nak lepas van ni. Dan, memang kami lepas pun. Tapi aku nengok tak semena2x keta putih tu terus je laju datang ke arah kami. Tak sempat nak fikir apa2x, BAM dia hentam keta kami, aku rasa berpusing tapi tak sempat nak berfikir apa2x, keta pun berhenti.


Aku bukak mata, tengok bonet depan dah berasap, keta dah berhenti. Allahuakbar je la yang sempat kami cakapkan berulang kali. Aku cakap dgn Hubby, Yang, jom kita keluar. Bila aku nak keluar, Hubby tak leh nak keluar sebab pintu keta belah dia tak boleh bukak. Dia terpaksa keluar ikut belah aku. Tu pun dia lemah sgt. Dia memang shock. Masa tu pulak hujan. Aku nengok orang dah mula datang tengok accident. Tapi tak sorang pun endahkan kami. Keta kami betul2x tersadai kat tepi jalan, tapi dah menghadap ke arah jalan. Kiranya, kami berpusing 270 darjah la jadinya. Keta Kelisa putih tu dah melintang kat tengah jalan. Keta Myvi aku tengok dah menjunam masuk ke tepi belukar. Orangnya tak keluar2x pulak tu. Aku kata dalam hati, wah, teruk ke orang dalam tu kena? Keta putih tu aku nengok dah jadi kelam kabut. Ada sorang perempuan dengan dahi berdarah merayu2x van kilang tu supaya tolong bawak adik dia pegi hospital. Aku nengok budak tu ditatang masuk ke dalam van. Aku pun tengok keadaan Hubby yang masih duduk dalam keta lagi. Aku urut2x badan dia. Aku cakap, macam mana ni, nak buat apa dulu. Aku pun telepon 999. Cepat depa angkat telepon. Aku cakap aku terlibat dengan kemalangan, dia tanya kat mana, perlu kan ambulan ke, bla bla bla... Habis perbualan. Orang masih tak endahkan kami berdua. Aku tak kesah sbb kami tak de cedera serius sangat. Tow track pun datang. Hubby kata telepon workshop yang kat Bangi tempat kami buat Jazz dulu. Aku telepon, dia kata ok, dia akan antar orang pi tempat kemalangan. Sementara tu dia kata, jangan bagi sesiapa tow kereta kami. Lepas tu baru ada orang datang tanya keadaan kami. Depa tanya siapa kami, aku cakap la anak si polan si polan. Depa kenal pun Mak & Baba. Depa volunteer bawak kami pi Hospital Jasin buat checkup sebab depa nengok Hubby very la the lemah one. Depa kata keta tu biaq pi dulu, kita pi buat check up dulu. Sebelum tu aku sempat telepon Kakak bagitau kami accident. So, aku telepon lagi sekali bagitau Kakak jumpa kami di hospital nanti.


Sampai hospital, walaupun di bahagian Emergency, still kena register jugak dulu. Letak IC & tunggu la staff tu tulis nama atas kad. Adui la, punya la lembab. Cuba la guna komputer, kan ke senang. Imbas je MyKad tu terus masuk data dalam komputer. Sebelum aku ada makcik ni nak mintak ubat selsema. Lepas tu baru turn kami. Hubby kata, dia rasa nak muntah. Aku bagitau staff tu, boleh tolong cepat tak, suami saya rasa nak muntah. Dia suruh masuk dulu. Diaorang pun sorong Hubby masuk dulu. Kat situ rupa2xnya penumpang Kelisa putih tu dah sampai dulu. Nenek kepada penumpang Kelisa putih tu jumpa aku & mintak maaf. Aku cakap tak pe la, nak buat macam mana. Lepas register, aku pun masuk. Hubby dah baring, tunggu doktor datang check. Perut aku dah mula rasa sakit pulak, tadi tak rasa apa pun. Nurse bagi Hubby satu injection. Pegawai perubatan datang check Hubby, tanya sakit kat mana. Dia check check, dia kata, tak de yang serius, cuma luka & lebam. Dia cuci luka & akan bagi ubat. Aku dah mula rasa sakit pulak, so, aku duduk la sekejap. Aku heran, apasal tak de saper check aku. Aku pon bagitau kat pegawai perubatan tu, saya ni tak nak check ke? Dia kata, ada isi borang tak? Aku cakap ada. Dia pi check borang. Bingai la depa ni, tak act macam kat ER pun. Dia tanya sakit kat mana, dia suruh baring, nanti doktor datang check. Masa aku, doktor betul la pulak yang check. Dia tekan kat bahagian perut, dia kata ok, nothing serius, cuma lebam je. Oke. Alhamdulillah. Lepas ambik ubat, kitaorang pegi balik tempat kejadian. Tak sempat sampai, tengok2x keta kami dah kena tow. Cilaka betoi. Aku call Cina tu, dia kata ada sedara aku dah bagi consent. Aku cakap, mana ada. Kitaorang ikut diaorang. Last2x berenti tgh jalan. Diaorang pok pek pok pek, aku pun pek pok pek pok. Tapi diaorang tarik jugak masuk workshop diaorang. Diaorang kata barang semua polis Kesang Pajak dah ambik. Lepas pi tengok workshop diaorang, kami pi pulak amik barang kat balai polis Kesang Pajak. Ingat boleh buat report kat situ, rerupanya kena pi Balai Polis Jasin. Bersambung...

4 Comments:

At Mon Dec 24, 10:42:00 PM, Blogger Eiyta Zarieyta S. said...

nasib baik kome tak de apa2... aina tak de sekalikan masa tu? bawak bersabar ek... ade hikmahnya tu...

 
At Wed Dec 26, 02:49:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aiseh...tragik la plak citer akak nih. bila Part II nih??? Al-hamdulillah akak & pejal selamat. rest bebaik kat umah ya. akak trauma tak? seb baik aina takder. (kan?)

 
At Sat Dec 29, 09:57:00 AM, Anonymous Anonymous said...

salam... zana! la... ko accident ke?? the fact that u wrote this meaning ko ok la kan? aku baru baca part 1 ari tu halfway pastu ada gangguan lak. ari ni check balik dah ada part 2! hopefully korang ok, dan kerosakan harta dapat diganti balik... amin!! ok, nak baca part 2 nih!

 
At Sun Dec 30, 04:10:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aina tak de masa tu. dia tinggal dgn nenek dia kat rumah. kalu dia ada masa tu, tak tau la jadik apa. trauma mmg ada. nak nak bila lalu jln yg bukan sehala. rasa mcm keta yg dtg tu nak masuk jln kita je.

 

Post a Comment

<< Home