My Life Journal

Friday, January 20, 2006

The Unluckiest Day

Ada ke word unluckiest? Whatever la asalkan maksud sampai. Aku rasa hari ni adalah hari paling banyak benda tak baik terjadi pada aku.

Start with Hubby getting sore throat, malam tadi dia terjaga dari pukul 2 sampai ke pagi dia tak boleh tido. Ubat batuk, ubat tekak, gula-gula strepsils pun dah habis kat rumah. Terpaksa la Hubby kesayanganku itu menahan kesakitan. Kesian. Pagi tadi bawa dia ke klinik. Rumah tu dah kotor sangat kot dengan habuknya, dengan bulu kucingnya. Adui la... malas betul aku nak kemas & cuci rumah tu. Semua kerja aku nak kena buat. Memasak, basuh pinggan, sapu sampah, mop lantai, basuh baju (I still wash our clothes traditionally tau... no washing machine), lipat baju (dah jadik bukit kecik dah baju-baju yang tak berlipat), gosok baju, tukar air minum kucing, buang berak kucing, buang kencing kucing, teman kucing makan (Mimi kalau nak makan, aku kena duduk tepi dia, kalu tak, dia tak mau makan), kadang-kadang buang sampah... banyak kan keje aku? Itu belum campur dengan kerja-kerja untuk diri sendiri & perkhidmatan untuk Hubby (not just sex, okkey), fuhh... kalau aku buat semua tu tiap-tiap hari, time tido je la aku boleh rehat. Itu belom beranak lagi tu, kalau dah beranak, I can't imagine betapa kelam kabut lagi lah hidup aku jadiknya.

Lepas tu dapat berita dari HSBC, my personal loan NOT approved! Hmmm... ni dah second time apply, masih tak approve jugak. Bila tanya reason, jawapannya confidential. Tak berhias la rumah aku nanti. Pasang grill bodo, pasang lampu bodo, pasang langsir bodo. Saper ada duit? Boleh saya pinjam?

Lepas tu kat opis, secara tak sengaja (sengaja cari sebenarnya, hehe), dapatlah tau gred berapa service aku kat opis ni di mata kalangan managers. Of course la not A kan. So, when you are not in a A-list staff, jangan haraplah to get bonuses or any increment in the next appraisal. So, 3 tahun berturut lah aku dak dapat bonus & increment. Carik kerja lain je la. But at this age, saper la nak hire aku. Dah la tua, bukan gred A pulak tuh. Kuang kuang kuang (di luar, dalam hati, huwaa...)

2 Comments:

At Tue Jan 24, 12:57:00 PM, Anonymous Anonymous said...

aisey..sedey la baca...sebab teman pon termasuk gak la lam golongan not-A. so teman tak leh la nak bagi pinjam duit..kuang...kuang..kuang..

 
At Mon Feb 13, 02:12:00 PM, Blogger Eiyta Zarieyta S. said...

bodo2 pung... ade jugak grill... ade jugak lampu... ade jugak langsir... bersyukur dengan apa yang ade... kuang kuang kuang...

 

Post a Comment

<< Home